Monday 27 August 2012

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM TAHUN 2012

SEMOGA BERJAYA KEPADA SEMUA PELAJAR-PELAJAR TINGKATAN 5 YANG MENDUDUKI PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM TAHUN 2012 INI.

PERSEDIAAN FIZIKAL, MENTAL DAN EMOSI SANGAT PENTING.

TARIKH: 
28 OGOS 2012 HINGGA 14 SEPTEMBER 2012

GOOD LUCK
SELAMAT MAJU JAYA

SOAL SELIDIK KESEDIAAN GURU MELAKSANAKAN PBS

PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh Unit Penilaian & Peperiksaan   
Isnin, 27 Ogos 2012 03:01  
PERINGATAAN SEMULA:
Semua Pengetua,
Semua Guru Besar,
Semua SUP,
Semua Guru Tahun Satu, Tahun Dua, Tahun Tiga dan Tingkatan Satu

Tuan,

SOAL SELIDIK KESEDIAAN GURU MELAKSANAKAN PBS
Makluman untuk tindakan tuan.

Soal selidik ini bertujuan untuk mendapatkan maklumat kesediaan guru melaksanakan PBS. Dapatan soal selidik ini dapat membantu KPM merangka pelan tindakan penambahbaikan pelaksanaan PBS.

Semua guru Tahun Satu, Tahun Dua, Tahun Tiga dan Tingkatan Satu WAJIB menjawab soal selidik ini secara online.

Sila KLIK DI SINI

Soal selidik ini hendaklah dihendaklah dilengkapkan selewat-lewatnya 3 September 2012 dan perlu pengesahan Pengetua / Guru Besar dalam laman web tersebut.

Kerjasama tuan/puan melengkapkan soal selidik amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

PENGARAH PEPERIKSAAN
Lembaga Peperiksaan
Kementerian Pelajaran Malaysia.

Monday 13 August 2012

PENGISIAN DATA MARKAH PERCUBAAN PMR, SPM DAN STPM KE DALAM SAPS TAHUN 2012

PENGISIAN DATA MARKAH PERCUBAAN PMR, SPM DAN STPM KE DALAM SAPS TAHUN 2012 PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh Rohayu Binti Abdullah   
Jumaat, 03 Ogos 2012 08:08
Semua Pengetua
Sekolah Menengah Daerah Hilir Perak
Tuan,
Dimaklumkan bahawa semua sekolah adalah wajib mengisi data markah Percubaan PMR, SPM dan STPM ke dalam Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) tidak lewat daripada ketetapan tarikh yang berikut:
                        Peperiksaan Percubaan PMR - sebelum 23 Ogos 2012
                        Peperiksaan Percubaan SPM / STPM - sebelum 28 September 2012
Pengisian data markah mengikut tarikh tersebut adalah sangat penting kerana analisis di peringkat daerah perlu dilaksanakan dengan lebih awal. Tuan juga akan diminta memberi surat penjelasan sekiranya gagal membuat pengisian data mengikut tarikh yang telah ditetapkan.
Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, pihak tuan boleh menghubungi pegawai meja Hj. Amir Bin Kamarudin (Penolong PPD Teknik dan Vokesional) di talian 019-5521135.
Sekian, terima kasih.

JADUAL PEPERIKSAAN PERCUBAAN SELARAS SPM PERINGKAT NEGERI PERAK TAHUN 2012

SMK SUNGAI MANIK
36000 TELUK INTAN
PERAK


SILA RUJUK KEPADA GURU KELAS UNTUK MAKLUMAT LANJUT.

PROGRAM INTERAKSI BERSAMA IBU BAPA/PENJAGA CALON CEMERLANG PMR DAN SPM 2012

TARIKH: 14 OGOS 2012
MASA : 1.15 PTG - 2.30 PTG (WAKTU MENTOR MENTEE)
SASARAN : IBU BAPA/PENJAGA DAN CALON CEMERLANG PMR/SPM 2012

SENARAI JAWATAN KUASA:



TENTATIF PROGRAM:

Thursday 9 August 2012

Ucapan Selamat Hari Raya dan Pengumuman CUTI BERGANTI SEMPENA HARI RAYA AIDILFITRI TAHUN 2012


Semua Guru

CUTI BERGANTI SEMPENA HARI RAYA AIDILFITRI TAHUN 2012

Kementerian Pelajaran Malaysia telah bersetuju agar sekolah-sekolah di negeri Kumpulan B diberi cuti berganti pada hari Jumaat, 17 Ogos 2012.
Hari gantinya akan diadakan serentak pada 22 September 2012 (Sabtu) bagi sekolah-sekolah di negeri Perak.

Arahan,
Pengetua. 

PORTAL PPD:

TAMBAHAN CUTI BERGANTI SEMPENA HARI RAYA AIDIL FITRI TAHUN 2012 PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh Unit Pengurusan Sekolah   
Sabtu, 11 Ogos 2012 00:03
           Semua Pengetua dan Guru Besar
Sekolah Menengah dan Rendah Daerah Hilir Perak,
Tuan,
TAMBAHAN CUTI BERGANTI SEMPENA HARI RAYA AIDIL FITRI TAHUN 2012
Kementerian Pelajaran Malaysia telah bersetuju agar sekolah-sekolah di negeri Kumpulan B diberi tambahan cuti berganti pada hari Khamis, 16 Ogos 2012. Hari gantinya akan diadakan serentak pada 8 September 2012 (Sabtu) bagi sekolah-sekolah di negeri Perak.
        Kelulusan cuti ini hanya akan diberi kepada sekolah-sekolah yang memohon sahaja. Hantar permohonan Cuti Berganti tersebut kepada Unit Perhubungan dan Pendaftar JPN Perak untuk kelulusan. Satu salinan permohonan hendaklah dihantar kepada Penolong PPD Perhubungan daerah Hilir Perak.
        Sebarang pertanyaan sila berhubung dengan Hj. Ahmad Faisal bin Zakaria di talian 05-6221970 sambungan 205 atau 019-5711527.
Surat Siaran Kementerian Pelajaran Malaysia Bilangan 26 Tahun 2012, sila klik DI SINI.
Sekian, terima kasih.