Thursday 16 May 2013

SELAMAT HARI GURU 2013

 Hari Guru 2013 disambut tepat pada Tarikh 16 Mei 2013
bertempat di Dewan SMK Sungai Manik

Guru-guru bergambar di awal pagi sebelum diarak dikompangkan oleh pelajar-pelajar ke dewan.
Bagi sesi pembacaan perutusan dan sebagainya. 
Bacaan perutusan dan nyanyian lagu "Kami Guru Malaysia"

Sesi Permainan yang di rancang oleh pelajar
:Game 1:

Game 2: 
 Sesi makan-makan di Kantin sekolah.
Acara di dewan. Memotong kek dan tukar-tukar hadiah.

 Pertukaran hadiah antara guru dan guru juga guru dan pelajar.

Dari baris ke baris....... 
 Baris seterusnya..... Ceria tak????

 Game lagi.....
: Game 3:

Dah...cikgu-cikgu dah tebakor dah.....

Persembahan Istimewa dari peajar.
Deklamasi puisi dan persebahan Nasyid.



SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH
SMK SSAUNGAI MANIK


Tarikh: 16 Mei 2013
Masa : 7.30 pagi
Tempat : Dewan SIGMA dan Dataran Kejat

ATURCARA PROGRAM:

7.30 Pagi: 
- Murid mengambil tempat di dalam dewan
- Perarakan masuk guru ke dalam dewan
- Nyanyian lagu Negaraku
- Nyanyian lagu Negeri Perak
- Bacaan Doa Sempena Hari Guru
- Kata-kata Aluan Pengerusi Majlis
- Ucapan Wakil Murid
- Perutusan KPPM oleh Penolong Kanan HEM
- Perutusan Menteri Pelajaran oleh PK Pentadbiran
- Ucapan wakil Pengetua
- Ikrar Hari Guru
- Nyayian Guru Malaysia
- REHAT 
- SUKANEKA
- Persembahan Nasyid
- Persembahan Syair
- Persembahan oleh Murid dan Guru
- Penyampaian Hadiah Sukaneka
- Penyampaian Hadiah Hari Guru kepada Guru-guru
- Bersurai

Pembelajaran dan Pengajaran berjalan seperti biasa.

1.50 petang pelajar bersurai.



Wednesday 8 May 2013

UJIAN PERMATA PINTAR UKM 2013

Ujian ini dijalankan mulai 1 Februari hingga 31 Mei 2013. Ujian ini adalah sebahagian usaha pencarian dan pengurusan bakat yang dikendalikan oleh pusat ini dengan kerjasama Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pelajaran Daerah, Sekolah, dan Maktab Rendah Sains Mara. Ujian ini adalah percuma dan boleh diambil di sekolah, rumah dan lain-lain tempat yang mempunyai kemudahan Internet tanpa birokrasi.  Dapatkan maklumat lanjut mengenai Program Pencarian dan Pengurusan Bakat di sini.

*Nota:
1. Pelajar yang pernah mengambil ujian UKM1 pada tahun-tahun yang lepas, setelah memasukkan nombor mykad/mykid, anda hanya perlu mengemaskini maklumat pelajar, sekolah (jika berpindah sekolah) dan keluarga (supaya pihak pengurusan PERMATApintar, KPM/JPN/PPD dapat menghubungi keluarga pelajar bagi urusan  ujian UKM2 dan tawaran ke program perkhemahan cuti sekolah).

2. Ibubapa, penjaga atau guru dibenarkan membantu pelajar untuk memasukkan maklumat pelajar, sekolah dan ibu bapa atau penjaga sahaja.

3.  Pelajar yang menamatkan ujian boleh mendapatkan Sijil Penyertaan Ujian Pencarian Bakat UKM1 Tahun 2013.  Sila masukkan nombor mykad/mykid anda di laman web http://ukm1.permatapintar.edu.my Sila pastikan kod sekolah adalah betul  sebelum dicetak.

a) Gunakan panduan carian sekolah diberi semasa mengisi maklumat sekolah.
b) Maklumat sekolah boleh dikemaskini dengan memasukkan nombor mykad/mykid di http://ukm1.permatapintar.edu.my dengan menggunakan panduan mengemaskini maklumat sekolah. 
c) Bagi sekolah-sekolah Kementerian Pelajaran dan  MRSM, sekiranya kod sekolah adalah seperti  XXX2013448522, ini bermakna kod adalah salah.
d) Bagi sekolah persendirian dan sekolah rendah agama yang tidak berdaftar di Kementerian Pelajaran,  sekolah ini boleh didaftarkan sebagai sekolah baru dan akan mendapat kod XXX2013448522 dan pihak PERMATApintar akan menetapkan kod untuk sekolah berkenaan.
e) Jika sekiranya menghadapi masalah untuk mendaftar sekolah sila berikan maklumat sekolah (nama, alamat lengkap, telefon, faks dan emel (sekiranya ada) kepada permatapintar@ukm.my untuk didaftarkan dan diberi kod sekolah. 

4. Hanya guru sekolah yang diberi tanggungjawab menguruskan ujian ini dibenarkan untuk mendaftar pelajar secara berkelompok (lebih dari 50 pelajar) dan boleh dihantar secara berperingkat-peringkat (dalam satu fail lebih 50 pelajar) kepada permatapintar@ukm.my.  

UNTUK PARA GURU SEKOLAH SAHAJA
Download Excel FORMAT di sini: a) Excel XLSX Format (Microsoft Excel 2007 ke atas)   b) Excel XLS Format (Microsoft Excel 2003 dan ke bawah)

Sila ke http://ukm1.permatapintar.edu.my/ untuk mengambil ujian UKM1.