Thursday 29 May 2014

DAULAT TUANKU



DYMM Paduka Seri Sultan Perak, 
Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ibni AlMarhum Azlan Muhibbuddin Shah.
Sultan Perak yang Ke-35

Daulat Tuanku

Wednesday 28 May 2014

MAKLUMAN PEMBATALAN KELAS TAMBAHAN PADA 29 MEI 2014

ASSALAMUALAIKUM,

MAKLUMAN KEPADA SEMUA PELAJAR TINGKATAN 3 DAN 5 :

KELAS TAMBAHAN YANG TELAH DIJADUALKAN PADA 29 MEI 2014 (KHAMIS),
DIBATALKAN. INI ADALAH KERANA NEGERI PERAK BERCUTI PADA 29 MEI 2014 (KHAMIS) KERANA KEMANGKATAN DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI SULTAN PERAK YANG YANG TELAH DIUMUMKAN OLEH MENTERI BESAR PERAK.

MOHON KERJASAMA GURU-GURU DAN PELAJAR-PELAJAR UNTUK MEMAKLUMKAN KEPADA PELAJAR-PELAJAR LAIN.

SEKIAN, TERIMA KASIH.


KEMANGKATAN DYMM PADUKA SERI SULTAN PERAK


Sumber : Portal PPD Hilir Perak

KEMANGKATAN DYMM PADUKA SERI SULTAN PERAKPDFCetakE-mail
Ditulis oleh Penolong PPD ICT   
Rabu, 28 Mei 2014 16:17
Dengan rasa sedih dan dukacita dimaklumkan dimaklumkan bahawa DYMM Paduka Seri Sultan Perak telah mangkat pada jam 1.30 petang, 28 Mei 2014 (RABU). Pemakluman kemangkatan telah dibuat oleh YAB Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry bin Abdul Kadir, Menteri Besar Perak.

Sehubungan dengan tiu, kerajaan Negeri Perak mengumumkan bahawa Hari Khamis, 29 Mei 2014 diistiharkan hari cuti umum sempena hari pemakaman.

Serentak dengan itu semua sekolah berkabung dengan bendera Negeri Perak dikibar separuh tiang selama 100 hari dan Jalur Gemilang dikibar separuh tiang selama 7 hari bermula hari ini.

Sehubungan dengan pengumuman kemangkatan DYMM Paduka Seri Sultan Perak, semua acara rasmi yang dijadualkan pada 29 Mei 2014 dibatalkan.

Al-Fatihah

Friday 16 May 2014

SELAMAT HARI GURU


PENGENALAN


Tarikh 16 Mei dipilih sebagai Hari Guru kerana pada haribulan yang sama dalam tahun 1956 Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai dasar pelajaran bagi negara kita.

Dokumen tersebut yang dikenali sebagai Laporan Razak (Razak Report) telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak itu.



OBJEKTIF HARI GURU MALAYSIA
  • Menitikberatkan peranan guru dalam pembinaan kebangsaan (termasuk perpaduan dan integrasi),
    pembangunan negara dan perkhidmatan kepada masyarakat.
  • Menarik perhatian ibubapa, murid dan orang ramai kepada peranan penting kaum guru dalam
    masyarakat Malaysia.
  • Memupuk perasaan perpaduan ikhtisas dan muhibah di antara guru.
  • Meninggikan martabat dan taraf guru dalam masyarakat.
  • Memberi peluang untuk memajukan kecekapan guru melalui seminar-seminar, persidangan
    -persidangan, dan sebagainya yang diadakan pada Hari Guru.
  • Menilai secara objektif peranan guru dengan berlatarbelakangkan Malaysia dan mengambil
    langkah-langkah supaya peranan itu lebih berkesan.

LOGO HARI GURU
Putih 
- Menunjukkan kesucian, kesabaran, kesempurnaan dan keamanan.
Perak 
- Menunjukkan rakyat berbilang bangsa bersatu padu dan teguh.
Kuning
- Sinaran cahaya yang cemerlang pada masa hadapan. Bulan dan bintang
  membawa erti yang terkandung dalam bendera Malaysia.
Merah
- Menunjukkan keteguhan semangat.
Biru
- Menunjukkan perpaduan muhibah.
-

Dari pusat lambang tersebut, muncullah buku yang memberi ilmu pengetahuan dalam segalalapangan bagi kepentingan negara yang aman dan makmur. Di hadapan bukudidapati rekabentuk seorang murid yang sentiasa memerlukan pengajarandan pendidikan daripada guru. Dua reka bentuk di antara murid dan buku,ialah guru perempuan dan lelaki berfikiran sama dalam segala lapangantentang mata pelajaran dan kokurikulum. Mereka sentiasa menggalakkanmurid-murid supaya meninggikan mutu pelajaran dan kegiatan kokurikulummengikut prinsip-prinsip Ruku Negara. Dari bawah didapati satu garisanbulat yang tebal mengandungi slogan "HIDUP BERBAKTI". Ini menjadisebuah tapak yang luas dan kukuh membuktikan perpaduan guru.


IKRAR HARI GURU

Bahawasanya kami
Guru-guru negara Malaysia
Dengan ini berikrar
Mendukung terus cita-cita kami
Terhadap tugas kami
Dan menyatakan keyakinan kami
Pada cita-cita murni pekerjaan kami
Kami akan berbakti
Kepada masyarakat
Dan negara kami.

Kami sentiasa menjunjung
Perlembagaan negara
Kami mengamalkan
Prinsip-prinsip Rukun Negara
Pada setiap masa.

TEMA HARI GURU


2014   Guru : Pencetus Kreativiti, Penjana Inovasi
2013   Guru Malaysia: 1Aspirasi, 1Agenda
2012   Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara
2011   Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara
2010   Guru Pembina Negara Bangsa
2009   Guru Pembina Negara Bangsa
2008   Guru Cemerlang Negara Terbilang
2007   Guru Penjana Modal Insan Gemilang
2006   Pendidikan Bestari Pemangkin Kegemilangan
2005   Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan
2004   Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan
2003   Guru Berkualiti Aspirasi Negara
2002   Guru Berkualiti Aspirasi Negara
2001   Memartabatkan Profesion Keguruan tanggungjawab Bersama
2000   Bersatu Memartabatkan Profesion Keguruan
1999   Guru Berkesan Pendidikan Cemerlang
1998   Guru Penyemai Tanggungjawab Bersama
1997   Guru Bestari Sekolah Bestari
1996   Guru Malaysia Teras Pendidikan Bertaraf Dunia
1995   Permuafakatan dan Perpaduan Menjayakan Wawasan
1994   Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan
1993   Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan
1992   Guru Cemerlang Teras Kejayaan Wawasan
1991   Ke Arah Pendidikan Cemerlang
1990   Pendidikan Bermutu Masyarakat Sejahtera
1989   Guru Pembina Budaya Ilmu
1988   Guru Pengasas Budaya Membaca
1987   Pendidikan Ke Arah Kesejahteraan Insan
1986   Pendidikan Teras Nasionalisme
1985   Guru dan Masyarakat Asas Kemajuan Pendidikan
1984   Kepimpinan Berteladan Kesempurnaan Pendidikan
1983   Kepimpinan Berteladan Teras Pendidikan
1982   Ke Arah Kecekapan Guru Dan Pendidikan Bermutu
1981   Pengorbanan Guru Kejayaan Rakyat
1980   Pendidikan Teras Perpaduan Negara
1979   Murid Sejahtera Negara Jaya
1978   Guru Pembentuk Generasi Akan Datang
1977   Dedikasi dan Disiplin Asas Kemajuan Pendidikan
1976   Pendidikan Moral Dalam Zaman Kemajuan Pendidikan
1975   Guru dan Pembangunan Negara
1974   Peranan Guru Dalam Zaman Sains dan Teknologi
1973   Kerjasama Ibu Bapa Untuk Kemajuan Pendidikan
1972   Peranan Guru Dalam Pembangunan Negara

TOKOH GURU KEBANGSAAN


Anugerah tokoh Guru diperkenalkan semenjak tahun 1972.  Anugerah ini menjadi lambang pengiktirafan kerajaan terhadap pengorbanan, kewibawaan serta sumbangan mereka sepanjang tempoh perkhidmatan.  Sehingga tahun lalu, seramai 127 pendidik dan bekas pendidik sudah dianugerahkan pingat tersebut semenjak 1975 berdasarkan kriteria khusus yang ditetapkan.

Antara kriteria itu ialah calon mempunyai rekod perkhidmatan cemerlang di bilik darjah, sumbangan cemerlang kepada profesion keguruan dan pendidikan, pembabitan aktif dalam kegiatan luar bilik darjah serta khidmat masyarakat, di samping kecemerlangan dalam bidang lain.

Dari segi syarat pemilihan calon Anugerah Tokoh Guru Kebangsaan pula, mereka hendaklah merupakan warganegara Malaysia yang dilahirkan di negara ini; seboleh-bolehnya dipilih daripada kalangan tokoh yang sudah dianugerahkan gelaran Tokoh Guru pada peringkat negeri; berumur 50 tahun atau lebih, sama ada berkhidmat atau sudah bersara; sedang atau sudah berkhidmat sebagai guru, pengetua, guru besar, pesyarah atau pentadbir dalam perkhidmatan pendidikan.

Selain itu, pemilihan calon juga boleh dibuat ke atas tokoh yang sudah meninggal dunia, manakala kesatuan perkhidmatan keguruan pula berpeluang membuat pencalonan pada peringkat negeri dan kebangsaan.

Setakat ini, tahun paling ramai menerima anugerah ialah pada Hari Guru 1977, iaitu seramai tujuh (7) orang.  Barisan penerima sulung anugerah berprestij itu ialah Zainun Munshi Sulaiman, Mohd Nor Ahmad, Ting Pin Sung, A.V. Perumal dan Tan Chong Bee.


Rekabentuk Pingat Tokoh Guru

Bentuk
Dari bentuk bulat 6 cm dibahagi menjadi 5 pepenjuru.  Lima pepenjuru ini melambangkan 5 prinsip Rukun Negara.  Bentuk keseluruhan menyerupai bentuk bintang dengan 14 penjuru yang mewakili 14 buah negeri di Malaysia.

Corak
Kerawang adalah merupakan satu corak tradisional dan melambangkan kemalaysiaan.  Corak ini juga melambangkan bidang perguruan yang merupakan satu kesenian yang indah murni.

Warna
Warna keemasan melambangkan kemurniaan dan kesucian niat serta jasa-jasa guru.  Warna ini juga mencerminkan jasa bakti seseorang guru itu adalah seteguh emas.



Penerima Anugerah Tokoh Guru :
2013
Jacob a/l P.C. Mathews 
Dato’ Hajjah Freida binti Dato’ Haji Mohd Pilus

2012
Puan Lim Ai Lee @ Lim Irene
Tuan Haji Mohd Azman Bin Abdul Rashid
Datuk Mary Yap Kain Ching
Dato’ Haji Ahmad Adzmey Bin Haji Abu Talib
Datuk Haji Hassan Bin Harun (Sekolah Swasta)
Dato’ Haji Omar Bin Mohd Hashim  (Kepimpinan Pendidikan)

2011
Dato' Prof. Ab. Rahim Selamat
Dato' Siva Subramaniam
Cik Hamedah Wok Awang
Datuk Hajah Rita T Jaafar @ Rita Bagong

2010
Haji Awang Mohamad
En. Encharang Agas
Dato' Chuang Keng Kung
Hajuh Ainun Jamilah Mohamad Ali

2009
Dato' Cg. Abdul Rahim Tahir
En. Phua Seng Tiong
Encik Shahul Hamid Mydin Shah

2008
En. Abu Bakar Bin Shawkat Ali
En. Krishnasamy a/l Kapaya
Y. Bhg. Dato’ Dr. Hj. Zulkarnain Bin Hj. Abd. Rahman

2007
En. Gerald Lee Liong Ai
Dato Haji Abdul Majid Bin Omar
Dato Haji Muhamad Bin Mustaffa
Tan Sri Datuk Dr Wan Mohd Zahid Bin Mohd Nordin

2006
Pn. Azizah Bt. Haji Md Taib
Y. Bhg. Prof Dr. Hj. Hussein Bin Haji Ahmad
Y. Bhg. Datuk Wira Haji Borhan Bin Md Yaman

2005
YM Engku Tik Azizah Bt Engku Malek
Haji Abdul Mana Bin Mohamed Noh
Haji Ramli Bin Haji Ahmad
Teo Huat @ Teo Teck Huat
Haji Ghazali Haji Yusuf

2004
Tn. Hj. Md. Ismail Zam Zam
Cik Alice Wee Siew Eng
En. Krishnasamy Tambusamy
Pn. Hjh. Wan Safinah Hj. Saleh
En. Ali Suhaili

2003
Pn. Sri Aisha Hj. Shamsuddin
Tn. Hj. Sulaiman Mohd. Nawi
Tn. Hj. Hussain Hj. Paris
En. M.P. Rangganathan
En. Ho Thean Sung

2002
Tn. Hj. Abd. Karim Abdullah
Tn. Hj. Khamis Noyo
Tn. Hj. Abd Hamid Hj. Noor Mohamed
Cik Hjh. Nasriah Hj. Maghribi
En. Nagaratnam Pennurengan

2001
Tn. Hj. Mohamed Saat Bongkek
En. Abang Hamdan Jas
Pn. Hjh. Siti Aishah Hj. Ab. Rahman
Tn. Hj. Sulaiman Samad
En. Robert David

2000
Pn. Nik Faizah Mustapha
Tn. Hj. Tawi Yaakub
En. Cheong Yong Kwong
Tn. Hj. Abdul Ghani Wahab

1999
Pn. Molly Chong Nee Molly Gee
En. Mohd. Mokhtar Talib
Pn. Hjh. Rahmah Bt. Hj. Hussain
Tn. Hj. Hambali Abdul Razak
Tn. Hj. Kassim Muhammad

1998
Dato’ Hj. Abd. Rahim Hj. Abd. Majid
Dato’ Dr. Hj. Yahya Ibrahim
Tn. Hj. Mohd. Tahir Hj. Ahmad
Tn. Hj. Mohamed Ali

1997
Dato’ Hj. Jumat Dato’ Hj. Mohd Nor
Dato’ N.S. Selvamany
Tn. Hj. Harun Hj. Hassan
Tn. Aminuddin Muhammad

1996
En. Anthony Lim Peng Hwa
Pn. Hjh. Embun Muhamad Ali
Pn. Irene Syawe Chin Chi
En. Abdul Razak Ismail

1995
Tn. Hj. Jaaman @ Sharman Abu
En. Anthony Reynolds Peter
Tn. Hj. Wan Din Wan Mat
En. Amirbek Amir Husain

1994
Tn. Hj. Wan Samsudin Mohd Yusof
En. Nordin Hj. Mahmood
En. Jikal Gabie
En. Khor Beng Hoe

1993
Dato’ Abdul Aziz Ismail
Tn. Hj. Ibrahim Yaakob
Tn. Hj. Mohd. Saidin
Dato’ Hj. Mohd Taib Omar

1992
Dato’ Hj Ibrahim Sulaiman
Pn. Siti Bidayah Hj. Din
En. Lau Hut Yee

1991
Datuk Hj. Parman Hassan Raji
Dato’ Hj. Abbad Hj. Muhammad
Pn. Dawn Parry

1990
Dato’ Hj. Idris Hj. Tain
Tn. Hj. Abdullah Sani Abu Bakar
En. Michael Graham Parry

1989
En. Mohamed Ali Mohamed
En. Goon Koo Leong
YM Raja Lope Ahmad Raja Mohd Ali

1988
En. Sulaiman Hj. Ebi
Cik Visalacey Mutu
En. Harith Muhammad Liki

1987
Dato’ paduka Syeikh Abdul Mohd. Noor
En. Chang Min Phang Paul
Tn. Hj. Hashim Abdul Rahman

1986
Dato’ Hj. Abdul Aziz Tapa
Pn. Rasammah Naomi Bhupalan-Rajendran
Dato’ Ariffin Md. Nam

1985
En. A. Ali Manjang
En. Ahmad Kotot
Tn. Hj. Idris Hj. Abdul Salam
Tn. Hj. Yasin Saleh

1984
Tn. Hj. Abdul Razak Abdul Hamid
En. Shahrom Husain
Tn. Hj. Muhammad Bujang
Pn. Hjh. Hendon Hj. Din

1983
Datuk Polycrap Sim Sheng Mong
Tn. Hj. Mohd Zain Ayub
En. Ang Kean Kah

1982
Dato’ Hj. Zainal Abidin Ali
Tn. Hj. Abdul Rashid Ahmad
Tn. Hj. Mohd Zain Rashid

1981
Tn. Hj. Mohd. Yusof Badin
Pn. Hjh. Maimunah Abdul Rahman
Tn. Hj. Othman Hj. Ali

1980
Tn. Hj. Omar Othman
Tn. Hj. Mohd Diah Abdul Rahman
Dato’ James Frederick Augustine

1979
Kapt. Dato’ Hj. Mohd Nor Mohammad
Tn. Hj. Muhammad Yusof Ahmad
En. Mohd. Aslie Lutah

1978
En. Ann Moreira
En. Bapoo Mohd. Hashim
Dato’ Hj. Abdul Alif Hj. Md Arshad
En. Guram Singh
En. Mohd Nor Abdul Hamid
En. Waung Yoo Nien

1977
Tn. Hj. Abu Bakar Al Bakir
En. Qua Chiew Kooi
Tn. Hj. Ahmad Abdul Rahman
En. Abu Kassim Yusof
En. Abdul Rahman Md. Akib
En. K. Kannan
Pn. Lily Eberwein

1976
Tn. Hj. Kassim Harun
Tn. Hj. Mohammad Hj. Abdullah
Tn. Hj. Ali Mohd Yunus
En. V. K. Thaillaikannu
En. Tan Chee Meng

1975
Pn. Hjh. Zainun Munshi Sulaiman
En. Mohd. Nor Ahmad
En. Ting Pin Sung
En. A.V. Perumal
En. Tan Chong Bee

Monday 12 May 2014

CUTI HARI WESAK (13 MEI 2014)

Esok 13 Mei 2014 merupakan Cuti Hari Wesak. Selamat bercuti.. Jangan lupa kembali ke sekolah pada 14 Mei 2014.... Exam tak habis lagi yerrr.....


Suasana Hari Pertama Peperiksaan Pertengahan Tahun

Suasana hari pertama Peperiksaan Pertengahan Tahun 2014...


MINGGU PEPERIKSAAN BERMULA....

PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN BERMULA PADA HARI INI, 12 MEI 2014.....

BUAT PELAJAR-PELAJAR SMK SUNGAI MANIK,
SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN, DAN SELAMAT MAJU JAYA.




Tuesday 6 May 2014

JADUAL PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2014

PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2014 AKAN BERMULA PADA 12 MEI 2014.

JADUAL PEPERIKSAAN TERSEBUT ADALAH SEPERTI BERIKUT :
  • JADUAL MENENGAH RENDAH (TINGKATAN 1, 2 DAN 3)



































  • MENENGAH ATAS ( TINGKATAN 4)

























  • MENENGAH ATAS (TINGKATAN 5)




PAMERAN AADK DAN PEJABAT KESIHATAN HILIR PERAK SEMPENA MINGGU PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH SMK SUNGAI MANIK

TARIKH : 6 MEI 2014 (SELASA)
MASA : 9.00 PAGI - 11.00 PAGI
TEMPAT PAMERAN : KANTIN SMK SUNGAI MANIK.




Monday 5 May 2014

MAKLUMAN TERKINI PENGGUNAAN MODUL PEREKODAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID (PPPM) 2014

MAKLUMAN TERKINI  PENGGUNAAN MODUL PEREKODAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID (PPPM)  2014

Dimakluman  Modul Perekodan dan Perkembangan Pembelajaran Murid  (PPPM) serta panduan penggunaannya telah dimuat naik dalam Portal Lembaga Peperiksaan pada  24 April 2014. Mohon kepada pihak sekolah untuk mengambil tindakan segera untuk mendapatkan maklumat berikut dalam Portal Rasmi Lembaga Peperiksaan di laman web http://web.moe.gov.my/lp/.

Sehubungan itu, pihak sekolah boleh menggunakan Modul PPPM ini sepenuhnya untuk tujuan perekodan perkembangan pembelajaran murid untuk sepanjang tempoh pembelajaran dan pengajaran murid tahun 2014.