Rukun doa
Telah berkata Ibnu Aṭa‘illāh al-Sakandarī:
Telah berkata Ibnu Aṭa‘illāh al-Sakandarī:Doa
itu ada rukun, sayap, waktu, sebab. Apabila rukun itu berbetulan maka
jadi kuat, apabila sayap itu berbetulan maka akan naik,apabila
berbetulan dengan waktu-waktunya maka berjaya, apabila berbetulan dengan
sebab-sebanya maka akan berjaya. Adapun rukunnya ialah hadir hati
selalu Allah, khusyuk kerana Allah, malu kerana Allah, pengharapan pada
ehsan Allah. Sayapnya ialah benar dan makan makanan yang halal. Waktunya
ialah waktu yang terluang diisi hanya untuk Allah dan berkhalwat
contohnya pada waktu sahur. Sebabnya ialah selawat ke atas Nabi SAW.
Sesungguhnya doa tidak akan diterima kecuali setelah berselawat ke atas
Nabi SAW.
Etika doa
1. si pemohon jangan sampai jemu dan putus asa
2. Tekun dan berteguh hati (ibarat pengemis)
3. Kalian harus berdoa dalam waktu yang panjang
4. perlu dalam keadaan rendah diri dan dalam kerahsiaan
5. Bersabar dalam berdoa
6. Iringi doa dengan air mata keinsafan
7. menjauhkan diri dari makanan dan minuman yang haram
8. menghadap kiblat
9. berdoa pada waktu-waktu mustajab
10. memulai doa dengan mengucap pujian kepada Allah Taala dan selawat kepada Rasulullah s.a.w.
11. berdoa dengan ikhlas,
12. yakin akan dimakbulkan Allah Taala dengan kemurahan dan kasih sayangNya
13. diulang-ulang sebanyak tiga kali
Masa yang mustajab untuk berdoa
1. Sepertiga Akhir Malam
2. Tatkala berbuka Puasa bagi orang yang berpuasa
3. Setiap selepas solat fardhu
4. Ketika saat perang berkecamuk
5. Sesaat ketika hari Jum’at
6. Ketika waktu bangun tidur pada malam hari bagi orang yang sebelum tidur dalam keadaan suci dan berdzikir kepada Allah
7. Doa di antara Adzan dan Iqamah
8. Doa ketika waktu sujud di dalam solat
9. Ketika saat sedang hujan
10. Ketika saat ajal tiba
11. Ketika Malam Lailatul Qadar
12. Doa ketika Hari Arafah
Cara-cara Berdoa:
1. Bersungguh-sungguh semasa berdoa. Rasulullah s.a.w pernah bersabda:
“Sesungguhnya Allah amat menyukai orang yang bersungguh-sungguh semasa ia berdoa”
2. Menghadirkan diri kpd Allah dengan penuh kekhusyukkan kerana Allah tidak menerima doa dari hati yang lalai.
3.
Hendaklah makanan, minuman, pakaian dan sebagainya dari harta yang
halal kerana sesungguhnya Allah itu baik & menerima melainkan yang
baik belaka.
4.
Doa itu bukan bertujuan untuk melakukan dosa, khianat, memutuskan
silaturrahim & jangan sesekali memohon SEGERA dimakbulkan doa
tersebut.
5.
Digalakkan memperbanyakkan menyebut Asmaul Husna, dimulai dengan
bertaubat, istighfar, hamdalah serta selawat ke atas Rasulullah s.a.w
& para sahabat.
koleksi suka suki SIGMA :
SELAMAT BERAMAL