Sambutan Kemerdekaan 2015
Tema: Malaysia #SehatiSejiwa
RASIONAL LOGO
Logo ini mengambarkan Peta Malaysia termasuk Semenanjung serta Sabah dan Sarawak yang dikelilingi dalam bentuk hati. Logo ini membawa maksud kesatuan rakyat Malaysia yang sehati sejiwa serta bersama-sama menjaga keamanan dan keharmonian negara Malaysia.
MAKSUD LOGO
BENTUK HATI merupakan perlambangan kesatuan rakyat Malaysia yang sekian lama hidup dalam aman, toleransi dan harmoni.
BULAN adalah metafora keluhuran Islam sebagai agama rasmi negara manakala BINTANG pecah 14 adalah cerminan perpaduan 13 buah negeri dan Kerajaan Persekutuan.
PETA Malaysia mengambarkan keakraban semua negeri dibawah payung negara.
GARIS MERAH di bawah adalah imejan rakyat Malaysia yang berjiwa besar dan berani, di samping rentetan wara BIRU, MERAH, PUTIH, KUNING yang merupakan kombinasi warna Jalur Gemilang kebanggan rakyat Malaysia.
RASIONAL TEMA
#SehatiSejiwa adalah cerminan kesepaduan, kesefahaman, kekitaan dan kemanusiaan seluruh rakyat kepada Malaysia negara tercinta. Kesenadaan #SehatiSejiwa setiap lapisan masyarakat Malaysia akan terus menyatukan kita tanpa mengira garis sempadan nautika lautan, susur galur keturunan, kepercayaan, adat resam dan negeri kelahiran.
Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2015 bertemakan #SehatiSejiwa mampu mengerak dan menyemarakkan perasaan kasih sayang serta hormat menghormati di antara kita. Ia akan meneguhkan lagi semangat patriotisme yang menjadi tonggak dan tiang seri kepada keharmonian dan perpaduan bangsa Malaysia. #SehatiSejiwa adalah titian hubungan - yang jauh didekatkan, ukhwah dipereratkan, selamanya...
Acara-acara sambutan Hari Kemerdekaan 2015
Larian Jalur Gemilang
Tarikh: 8 Ogos 2015 (Kuching)
Tempat: Padang Merdeka Kuching.
Doa untuk Malaysia
Tarikh: 15 Ogos 2015
Tempat: Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.
Kayuhan Sehati Sejiwa
Tarikh: 16 Ogos 2015
Tempat: Dataran DBKL, Kuala Lumpur.
Konsert Harmoni dan uniti
Tarikh: 22 & 23 Ogos 2015
Tempat: Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.
Larian Sehati Sejiwa
Tarikh: 23 Ogos 2015
Tempat: Padang Merbok, Kuala Lumpur.
KL Converge!
Tarikh: 27-29 Ogos 2015
Tempat: Kuala Lumpur City Centre (KLCC).
Pelancaran Video Negaraku dan Promo Hari Kebangsaan di Pawagam
Tarikh: 28 Ogos 2015
Tempat: Kuala Lumpur.
Konsert Sehati Sejiwa
Tarikh: 28-30 Ogos 2015
Tempat: Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur (Hadapan SOGO).
Amanat Hari Kebangsaan
Tarikh: 30 Ogos 2015
Tempat: Plenary Hall, Kuala Lumpur City Centre (KLCC).
Perbarisan dan Perarakan Hari Kebangsaan 2015
Tarikh: 31 Ogos 2015
Tempat: Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.
Sambutan Hari Malaysia
Tarikh: 16 September 2015
Tempat: Sabah.