Monday 5 November 2012

PEKELILING ICT

PEKELILING ICT BIL.1 TAHUN 2009 - GARIS PANDUAN MENGENAI TATACARA MEMOHON KELULUSAN INISIATIF ICT PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh Rohayu Binti Abdullah   
Jumaat, 02 November 2012 02:22
Semua Pengetua dan Guru Besar,
Sekolah-sekolah Menengah dan Rendah
Daerah Hilir Perak.
Tuan,
PEKELILING ICT BIL.1 TAHUN 2009 - GARIS PANDUAN MENGENAI TATACARA MEMOHON KELULUSAN TEKNIKAL INISIATIF ICT BAHAGIAN DAN AGENSI DI BAWAH KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Dengan ini dimaklumkan bahawa Mesyuarat Jawatankuasa ICT (JKICT) Negeri Jabatan Pelajaran Perak Bil.03/2012 pada 05 September 2012 telah memutuskan supaya semua sekolah memuat turun 'soft copy' pekeliling 'Perolehan Peralatan ICT' di alamat URL http://pelajaranperak.gov.my/v2/modules/mastop_publish/?tac=Perolehan_ICT .

Sekian, terima kasih.

 http://pelajaranperak.gov.my/v2/modules/mastop_publish/?tac=Perolehan_ICT

Perolehan ICT


Semua Bahagian/JPN/PPD dan lain-lain institusi di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) yang ingin memperolehi peralatan ICT perlulah mendapatkan kelulusan teknikal terlebih dahulu menggunakan borang permohonan seperti dibawah.


Permohonan hendaklah dikemukakan kepada :- 
 
Institusi Permohonan dikemukakan kepada
Bahagian Bahagian Pengurusan Maklumat (BPM)
Jabatan Pelajaran Negeri/ Pejabat Pelajaran Daerah Sektor ICT dan Pengurusan Maklumat Jabatan Pelajaran Negeri
Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri/ Pusat Kegiatan Guru Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP)
Kolej Matrikulasi Bahagian Matrikulasi
Institusi Pendidikan Guru Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM)
Sekolah Harian Sektor ICT dan Pengurusan Maklumat Jabatan Pelajaran Negeri
Sekolah Berasrama Penuh/ Kluster Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan

          b)  Pekeliling ICT KPM Bilangan 2 Tahun 2009 - Tadbir Urus Jawatankuasa Pemandu ICT (JPICT) Kementerian Pelajaran Malaysia  
          c)  Surat Pekeliling Kewangan Bilangan 8 Tahun 2010 - Garis Panduan Pengurusan Kewangan Peruntukan Bantuan Persekolahan Kepada Sekolah Berdasarkan Per Kapita Murid    
          d)  Surat Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran Perak ruj : KP(BKEW/BT) 1800/G-03(28) bertarikh 16 Mac 2012 - Kebenaran Membelanjakan Lebihan Baki Bantuan Geran Per Kapita (PCG) dan Bantuan Makanan Asrama (BMA) Tahun 2011

PEPERIKSAAN SPM 2012

 
SELAMAT MAJU JAYA
CALON SPM & STPM TAHUN 2012


SPM 2012 ~ 5 NOVEMBER - 7 DISEMBER 2012

Thursday 6 September 2012

KARNIVAL KO-KURIKULUM 2012

Karnival kokurikulum 2012

Aktiviti : Persatuan Puteri Islam Malaysia

** terima kasih atas kerjasama semua pihak
 — with Aminahmutalib Aminah and Hasliza Hassan.


06 September 2012.

Aktiviti 1: Gubahan Kain

Hasil 1
Hasil 2

Aktiviti 2: Hiasan Cup Cake

Ustazah Aminah Bt. Abd. Mutalib (kanan) Ketua Persatuan Puteri Islam dan Ustazah Hasliza Hassan (kiri). 
Guru Penasihat Persatuan Puteri Islam

Hasil 1: Antara Hasil Hiasan Cup Cake yang telah siap untuk di juri.

Dalam proses menghasilkan Hiasan

Bakat Terpendam

Tahniah kepada semua pelajar dah guru yang mengambil bahagian.

KAD RAYA KARYA PELAJAR 2 BUDIMAN 2012

Penghasilan kad raya ini adalah hasil dari pada mempelajari
Program Microsoft Publisher : Cara Menghasilkan Kad Ucapan.

Tema : Kad Hari Raya
Kelas : 2 Budiman 2012
Tempat : Makmal ICT, SMK Sg. Manik

 Hasil Karya : Mohd Amirul dan Hasrul Haiqal
(Muka Depan)

 Hasil Karya : Mohd Amirul dan Hasrul Haiqal
(Muka 2)

 Hasil Karya : Muhd. Faizzuan Shamsuddin
(Muka Depan)

 Hasil Karya : Muhd. Faizzuan Shamsuddin
(Muka 2)

 Hasil Karya : Muhd. Helmi Husaini
(Muka Depan)

 Hasil Karya : Muhd. Helmi Husaini
(Muka Kedua)

 Hasil Karya : Muhd. Shafie dan Hariz Fazli
(Muka Depan)

 Hasil Karya : Muhd. Shafie dan Hariz Fazli
(Muka Kedua)

 Hasil Karya : Muhd. Yusri dan Farez Nazmi
(Muka Depan)

 Hasil Karya : Muhd. Yusri dan Farez Nazmi
(Muka kedua)

Hanya sebahagian daripada karya pelajar yang telah berjaya menyiapkan tugasan.

SAMBUTAN PENUTUP BULAN KEMERDEKAAN

Penyampaian hadiah dan persembahan pelajar.

12 September 2012 : Aktiviti yang dirancang dijalankan seperti

- Nyanyian lagu patriotik
- Banner (p&p)
- Hiasan bendera di kelas (p&p)
- Menulis esei (p&p)
- dan banyak lagi

19 September 2012 : Majlis Penutup Bulan Kemerdekaan

- Penyampaian hadiah
- Persembahan pelajar

:: akan diupdate kemudian.

Wednesday 5 September 2012

SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN ~ Hari Pelancaran 17.7.2012

Sekitar Majlis Pelancaran Hari Kemerdekaan Tahun 2012

Tarikh: 17.07.2012
Tempat : Dataran Kejat SIGMA











SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI 2012 SMK SUNGAI MANIK

SEKOLAH GANTI SEMPENA HARI RAYA YANG LEPAS.

PERHATIAN:

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERLANGSUNG SEPERTI BIASA.
MENGGUNAKAN JADUAL HARI : KHAMIS

TARIKH : 08 SEPTEMBER 2012 (SABTU)
MASA : 12.30 TENGAHARI
TEMPAT : DEWAN SMK SUNGAI MANIK

PERINGKAT DALAMAN

:: akan dikemaskini kemudian

LAGU SEKOLAH SMK SUNGAI MANIK

LAGU SEKOLAH
SMK SUNGAI MANIK


Berilmu Berdisiplin Berbakti
Berusaha Setia Menuju Cita
Seimbang Rohani dan Jasmani
Jadi Insan Mulia

Sekolah Indah Berdiri Megah
Sungai Manik Yang Penuh Sejarah
Berisi Tunduk Padi Di Sawah
Syukur Pada Allah

Marilah Kita Semua
Berkhidmat Dan Berjasa
Majulah Diri Majulah Bangsa
Demi Agama Negara

Pada Yang Tua Kami Hormati
Jasa Guru Kami Sanjungi
Menuju Cita-Cita Yang Murni
Semoga Bahagia Abadi

By: SMKSUNGAIMANIK
GPB2012

Monday 3 September 2012

PERUBAHAN TARIKH GANTI PERSEKOLAHAN HARI SABTU - 22 SEPTEMBER 2012

PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh Unit Pengurusan Sekolah   
Isnin, 03 September 2012 00:30
          Semua Pengetua dan Guru Besar
Sekolah Menengah dan Rendah Daerah Hilir Perak,
Tuan,
PERUBAHAN TARIKH CUTI BERGANTI SEMPENA PERSEKOLAHAN HARI SABTU- 22 SEPTEMBER 2012
Adalah dimaklumkan bahawa tarikh ganti persekolahan hari Sabtu bagi sekolah-sekolah di negeri Perak yang telah diluluskan Cuti Berganti pada 17 Ogos 2012 (Jumaat) sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri yang sepatutnya dijalankan pada 22 September 2012 (Sabtu) dipinda kepada 29 September 2012 (Sabtu).
      Pindaan tersebut terpaksa dilakukan atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Pada tarikh berkenaan semua aktiviti pengajaran dan pembelajaran hendaklah dijalankan sepenuhnya dengan menggunakan jadual waktu hari Jumaat.
     Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, pihak tuan boleh menghubungi Hj. Ahmad Faisal Zakaria, Penolong PPD Perhubungan dan Pendaftaran di talian 019-5711527.
Sekian, terima kasih.

Monday 27 August 2012

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM TAHUN 2012

SEMOGA BERJAYA KEPADA SEMUA PELAJAR-PELAJAR TINGKATAN 5 YANG MENDUDUKI PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM TAHUN 2012 INI.

PERSEDIAAN FIZIKAL, MENTAL DAN EMOSI SANGAT PENTING.

TARIKH: 
28 OGOS 2012 HINGGA 14 SEPTEMBER 2012

GOOD LUCK
SELAMAT MAJU JAYA

SOAL SELIDIK KESEDIAAN GURU MELAKSANAKAN PBS

PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh Unit Penilaian & Peperiksaan   
Isnin, 27 Ogos 2012 03:01  
PERINGATAAN SEMULA:
Semua Pengetua,
Semua Guru Besar,
Semua SUP,
Semua Guru Tahun Satu, Tahun Dua, Tahun Tiga dan Tingkatan Satu

Tuan,

SOAL SELIDIK KESEDIAAN GURU MELAKSANAKAN PBS
Makluman untuk tindakan tuan.

Soal selidik ini bertujuan untuk mendapatkan maklumat kesediaan guru melaksanakan PBS. Dapatan soal selidik ini dapat membantu KPM merangka pelan tindakan penambahbaikan pelaksanaan PBS.

Semua guru Tahun Satu, Tahun Dua, Tahun Tiga dan Tingkatan Satu WAJIB menjawab soal selidik ini secara online.

Sila KLIK DI SINI

Soal selidik ini hendaklah dihendaklah dilengkapkan selewat-lewatnya 3 September 2012 dan perlu pengesahan Pengetua / Guru Besar dalam laman web tersebut.

Kerjasama tuan/puan melengkapkan soal selidik amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

PENGARAH PEPERIKSAAN
Lembaga Peperiksaan
Kementerian Pelajaran Malaysia.

Monday 13 August 2012

PENGISIAN DATA MARKAH PERCUBAAN PMR, SPM DAN STPM KE DALAM SAPS TAHUN 2012

PENGISIAN DATA MARKAH PERCUBAAN PMR, SPM DAN STPM KE DALAM SAPS TAHUN 2012 PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh Rohayu Binti Abdullah   
Jumaat, 03 Ogos 2012 08:08
Semua Pengetua
Sekolah Menengah Daerah Hilir Perak
Tuan,
Dimaklumkan bahawa semua sekolah adalah wajib mengisi data markah Percubaan PMR, SPM dan STPM ke dalam Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) tidak lewat daripada ketetapan tarikh yang berikut:
                        Peperiksaan Percubaan PMR - sebelum 23 Ogos 2012
                        Peperiksaan Percubaan SPM / STPM - sebelum 28 September 2012
Pengisian data markah mengikut tarikh tersebut adalah sangat penting kerana analisis di peringkat daerah perlu dilaksanakan dengan lebih awal. Tuan juga akan diminta memberi surat penjelasan sekiranya gagal membuat pengisian data mengikut tarikh yang telah ditetapkan.
Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, pihak tuan boleh menghubungi pegawai meja Hj. Amir Bin Kamarudin (Penolong PPD Teknik dan Vokesional) di talian 019-5521135.
Sekian, terima kasih.

JADUAL PEPERIKSAAN PERCUBAAN SELARAS SPM PERINGKAT NEGERI PERAK TAHUN 2012

SMK SUNGAI MANIK
36000 TELUK INTAN
PERAK


SILA RUJUK KEPADA GURU KELAS UNTUK MAKLUMAT LANJUT.

PROGRAM INTERAKSI BERSAMA IBU BAPA/PENJAGA CALON CEMERLANG PMR DAN SPM 2012

TARIKH: 14 OGOS 2012
MASA : 1.15 PTG - 2.30 PTG (WAKTU MENTOR MENTEE)
SASARAN : IBU BAPA/PENJAGA DAN CALON CEMERLANG PMR/SPM 2012

SENARAI JAWATAN KUASA:



TENTATIF PROGRAM:

Thursday 9 August 2012

Ucapan Selamat Hari Raya dan Pengumuman CUTI BERGANTI SEMPENA HARI RAYA AIDILFITRI TAHUN 2012


Semua Guru

CUTI BERGANTI SEMPENA HARI RAYA AIDILFITRI TAHUN 2012

Kementerian Pelajaran Malaysia telah bersetuju agar sekolah-sekolah di negeri Kumpulan B diberi cuti berganti pada hari Jumaat, 17 Ogos 2012.
Hari gantinya akan diadakan serentak pada 22 September 2012 (Sabtu) bagi sekolah-sekolah di negeri Perak.

Arahan,
Pengetua. 

PORTAL PPD:

TAMBAHAN CUTI BERGANTI SEMPENA HARI RAYA AIDIL FITRI TAHUN 2012 PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh Unit Pengurusan Sekolah   
Sabtu, 11 Ogos 2012 00:03
           Semua Pengetua dan Guru Besar
Sekolah Menengah dan Rendah Daerah Hilir Perak,
Tuan,
TAMBAHAN CUTI BERGANTI SEMPENA HARI RAYA AIDIL FITRI TAHUN 2012
Kementerian Pelajaran Malaysia telah bersetuju agar sekolah-sekolah di negeri Kumpulan B diberi tambahan cuti berganti pada hari Khamis, 16 Ogos 2012. Hari gantinya akan diadakan serentak pada 8 September 2012 (Sabtu) bagi sekolah-sekolah di negeri Perak.
        Kelulusan cuti ini hanya akan diberi kepada sekolah-sekolah yang memohon sahaja. Hantar permohonan Cuti Berganti tersebut kepada Unit Perhubungan dan Pendaftar JPN Perak untuk kelulusan. Satu salinan permohonan hendaklah dihantar kepada Penolong PPD Perhubungan daerah Hilir Perak.
        Sebarang pertanyaan sila berhubung dengan Hj. Ahmad Faisal bin Zakaria di talian 05-6221970 sambungan 205 atau 019-5711527.
Surat Siaran Kementerian Pelajaran Malaysia Bilangan 26 Tahun 2012, sila klik DI SINI.
Sekian, terima kasih.


Tuesday 31 July 2012

Peperiksaan Percubaan PMR 2012

Jadual Waktu Peperiksaan Percubaan Bersama PMR Negeri Perak 2012

PERTAMA
RABU 01.08.2012

07.30-08.00 Arahan Peperiksaan
08.00-09.00 BAHASA MELAYU 1
09.15-09.35 Rehat
09.35-10.00 Arahan Peperiksaan
10.00-12.00 BAHASA MELAYU 2


KEDUA
KHAMIS 02.08.2012

07.30-08.00 Arahan Peperiksaan
08.00-09.00 BAHASA INGGERIS 1
09.00-09.20 Rehat
09.20-09.30 Arahan Peperiksaan
09.30-11.00 BAHASA INGGERIS 2
11.20-11.30 Arahan Peperiksaan
11.30-12.30 SAINS 1

KETIGA
JUMAAT 03.08.2012

07.30-08.00 Arahan Peperiksaan

08.00-09.30 SAINS 2
09.40-10.00 Rehat
10.00-10.15 Arahan Peperiksaan
10.15-12.15 PENDIDIKAN ISLAM

KEEMPAT
SELASA 07.08.2012

07.30-08.00 Arahan Peperiksaan
08.00-09.45 MATEMATIK 2
09.45-10.05 Rehat
10.05-10.15 Arahan Peperiksaan
10.15-11.30 MATEMATIK 1
11.45-12.00 Arahan Peperiksaan
12.00-01.15 GEOGRAFI

 KELIMA
RABU 08.08.2012

07.30-08.00 Arahan Peperiksaan

08.00-09.15 SEJARAH
09.15-09.35 Rehat
09.35-09.45 Arahan Peperiksaan

09.45-11.15 KEMAHIRAN HIDUP (PIL 1)
09.45-11.15 KEMAHIRAN HIDUP (PIL 2)
09.45-11.15 KEMAHIRAN HIDUP (PIL 3)

SELAMAT MAJU JAYA
BUAT SEMUA PELAJAR-PELAJAR YANG MENDUDUKI PEPERIKSAAN PERCUBAAN PMR.

Monday 30 July 2012

UJIAN 2 2012 SMK SUNGAI MANIK

JADUAL UJIAN 2 2012


MENENGAH ATAS
(Tingkatan 4 dan 5)

Selasa 31 Julai 2012
Bahasa Melayu 7.50-8.50 (Semua)
Bahasa Inggeris 9.00-10.00 (Semua)

REHAT 10.10-10.30

Sejarah 11.30-12.30
Fizik 1.25-2.25 (Amanah)
Sains Pertanian 1.25-2.25 (Bud & Cekal)
Tasawwur 1.25-2.25 (Ikhlas)


Rabu 01 Ogos 2012
Matematik (Ting.4)  8.45-10.00 [1 jam 15 minit]
Matematik (Ting.5) 7.35-10.05 [2 jam 30 minit]

REHAT 10.10-10.30

Pendidikan Islam 10.40-11.40 (semua)
PJPK 12.00-1.00 (Semua)
Sivik 1.25-2.25 (semua)


Khamis 02 Ogos 2012
Sains 9.00-10.00 (Bud,Cek,Ikh)
Biologi 9.00-10.00 (Ama)

REHAT 10.10-10.30

Mat tambahan 11.30-12.30 (Ama, Bud)
PSV 11.30-12.30 (Cek,Ikh)
Kimia 1.25-2.25 (ama)
Prinsip Akaun 1.25-2.25 (Bud)
Ekonomi Asas 1.25-2.25 (cek)
Perdagangan 1.25-2.25 (ikh)


MENENGAH RENDAH
(Tingkatan 1 dan 2)

Selasa 31 Julai 2012
Bahasa Melayu 8.20-9.20

REHAT 9.30-9.50

Matematik 10.00-11.00
Pendidikan Islam 11.30-12.30
Sivik 1.25-2.25

Rabu 01 Ogos 2012
 Bahasa Inggeris 1 8.20-9.20

REHAT  9.30-9.50

Sains 10.00-11.00
PJPK 11.30-12.30
Kemahiran Pil. 1,2,3    1.25-2.25


Khamis 02 Ogos 2012
 Geografi 8.20-9.20

REHAT 9.30-9.50

Sejarah 10.00-11.00
Literasi Komputer 11.30-12.30
Pendidikan Seni 1.25-2.25 




Wednesday 25 July 2012

DATA el-4 PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING SETENGAH TAHUN (JANUARI – JUN) UNIT B&K

DATA el-4 PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING SETENGAH TAHUN (JANUARI – JUN) UNIT B&K PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh Unit Pengurusan Kemanusiaan   
Rabu, 25 Julai 2012 07:37
Semua Pengetua Sekolah Menengah,
Guru Besar Sekolah Rendah Berkenaan,
Daerah Hilir Perak.
Tuan,
Dengan hormatnya, perkara di atas dirujuk untuk perhatian dan tindakan tuan.
2.  Bagi sekolah yang hanya mempunyai Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa (GBKSM), Ketua Guru Bimbingan dan Kaunseling sekolah tuan diminta untuk memberikan data Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling Setengah tahun bermula 4 Januari hingga 30 Jun 2012. Data perlu dihantar melalui laman web http://l4perak.blogspot.com.  Sila ikuti tatacara penghantaran data melalui sistem yang terdapat dalam blog tersebut.  Tarikh akhir penghantaran data ialah pada 31 Julai 2012.
Sebarang pertanyaan boleh berhubung terus melalui En. Kamal bin Abdul Rahman di talian 012-673 1814.
Kerjasama serta perhatian tuan dalam hal ini amat dihargai.
Sekian, terima kasih.

Perhatian : Untuk makluman Guru Kaunseling SMK Sungai Manik
Pn. Hjh. Arishah Bt T. Nordin
En. Sabri B Kesud

Tuesday 10 July 2012

PENARAFAN SEKOLAH MELALUI SSQS 2012

Berhubung dengan perkara diatas, pengisian maklumat adalah dibuat secara online.
Alamat/ URL yang boleh dicapai adalah seperti berikut:-

http://ssqs.moe.edu.my

Penarafan bermula 1 Julai 2012 hingga 31 Julai 2012


Monday 9 July 2012

SENAMROBIK SERENTAK 1MURID 1SUKAN 1MALAYSIA

Tarikh: 10 Julai 2012 (Selasa)
Tempat: Dataran Kejat

Aturcara program:
7.00 : Semua peserta melapor diri
7.15 : Ketibaan tetamu Kehormat (Tiada)
7.30 : Perhimpunan rasmi sekolah
          Bacaan Doa
          Bacaan Perutusan YAB Timbalan Perdana menteri
          Gimik pelancaran (tiada)

8.00 : Senamrobik Bermula

9.00 : Penutup
          Penyampaian Cenderahati
          Cabutan nama bertuah

9.30 : Rehat
10.00 : P&P Bermula

Antara rakaman peristiwa semasa program:

 Ada Berani????

 Pelajar dan guru-guru yang mengendalikan sesi senamrobik.
 sebelum program berlangsung.
 selepas program....
 Cikgu Cik Noni Nuur Idayu Yunus
Pengelola program Senamrobik Cerentak 1Murid 1Sukan 1Malaysia
sedang membuat penerangan mengenai program.
 Semangatnya pelajar-pelajar mengikut rentak muzik.
TAHNIAH kepada semua yang menjayakan program kali ini.

Gambar: Sumber dari FB Cik Noni Nuur Idayu