KOKURIKULUM


KETETAPAN KOKURIKULUM SEKOLAH

1.1 Penyertaan Murid.
      1.1.1. Setiap murid diwajibkan menyertai tiga aktiviti kokurikulum yang terdiri daripada satu sukan dan permainan, satu unit beruniform  dan satu kelab dan persatuan sebagai aktiviti sepanjang tahun
      1.1.2. Murid hanya perlu memilih ketiga-tiga aktiviti kokurikulum berdasarkan apa yang ditawarkan oleh sekolah.

1.2  Masa aktiviti.
1.2.1. Aktiviti pada setiap hari Rabu dari 2.30 petang ke 4 .30 petang.
1.2.2. Aktiviti pasukan sekolah ialah pada hari Sabtu dari jam 8.00 pagi hingga 12.00 pagi
1.2.3.  Aktiviti juga boleh dilaksanakan pada setiap hari mengikut keperluan dan keadaan semasa

1.3 Bilangan perjumpaan
1.3.1. Bilangan perjumpaan setahun bagi semua murid ialah
a. Sukan dan permainan                     - 12 kali perjumpaan
b. Unit beruniform                             - 18 kali perjumpaan
c. Kelab dan persatuan                       - 12 kali perjumpaan.

1.4 Kod pakaian
1.4.1. Aktiviti sukan dan permainan.
a. Baju kokurikulum atau baju T sukan atau sekolah dan seluar trek
b. Bagi pelajar perempuan yang bertudung hanya tudung sekolah sahaja yang dibenarkan
      1.4.2 Aktiviti unit beruniform
          a. Pakaian seragam unit uniform masing-masing
1.4.3 Aktiviti kelab dan persatuan
         a. Pakaian seragam sekolah atau baju kokurikulum atau T shirt sekolah
1.4.4 Aktiviti luar sekolah
         a. Baju kokurikulum sekolah atau pakaian seragam sekolah
1.4.5 Sukan tara dan Merentas Desa dan kejohanan olahraga
         a. Baju T rumah sukan atau baju T sekolah atau baju T putih dan seluar trek bagi pelajar lelaki
         b. Baju T rumah sukan atau baju T sekolah atau Baju T putih berlengan panjang dan seluar trek
1.4.6 Perhimpunan kokurikulum pada hari Isnin minggu ke tiga setiap bulan
         a. Pakaian unit uniform lengkap
b.Dikendalikan oleh murid sepenuhnya dan diselaraskan oleh s/u kokurikulum
c. Guru-guru mesti memakai pakaian unit beruniform
1.5 Pengurusan fail
     a. Setiap unit kokurikulum perlu menyediakan fail masing-masing. Isi kandungan mesti mempunyai    perkara-perkara berikut :

1. Visi dan Misi
2. Perlembagaan
3. Rancangan Tahunan
4. Struktur Organisasi
5. Surat penubuhan kelab/persatuan
6. Senarai keahlian / rekod kehadiran ahli
7. Laporan setiap aktiviti
8. Laporan pencapaian /kejayaan ahli
9. Rekod penilaian ahli
10. Laporan Tahunan
11. Surat –menyurat
12. Minit-minit mesyuarat
13. Rekod kewangan bulanan
14. Penyata kewangan tahunan
15. Laporan aktiviti

1.6 Pengurusan  buku kokurikulum.
1.6.1 Setiap murid mesti mempunyai buku kokurikulum sebagai rekod kehadiran  dalam aktiviti kokurikulum
1.6.2 Buku kokurikulum yang dibawa pelajar untuk setiap aktiviti kokurikulum mesti diserahkan kepada guru penasihat untuk ditandatangani selepas aktiviti dijalankan.
1.6.3 Memandangkan sikap murid yang kerap hilang atau lupa membawa buku kokurikulum maka guru penasihat perlu ada rekod kehadiran ahli yang tepat dan lengkap bagi setiap perjumpaan agar penilaian dalam dilaksanakan dengan adil dan saksama.

1.7 Pengurusan dan pengelolaan aktivti di dalam sekolah dan di luar sekolah.
1.7.1 Langkah keselamatan yang sesuai dilaksanakan mengikut standard operating procedures (SOP )

      1.7.2 Bahagian ini akan diterangkan lebih lanjut dalam polisi keselamatan.

No comments:

Post a Comment