Wednesday 6 February 2013

PEMERGIAN PN. PENGETUA SMK SUNGAI MANIK YANG DIKASIHI

PUAN PENGETUA PN. HAJAH SITI RADZIAH BINTI HUSSIN
telah kembali ke rahmatullah pada tanggal 01 januari 2013 bersamaan 18 safar

"Yang Berusaha Tn Pengetua Cemerlang, Pn Hjh Siti Radziah bt Hussin telah kembali ke rahmatullah pagi tadi di HKL sekitar jam 10.45, 1 Januari 2013. Jenazah beliau telah dibawa pulang ke Parit 3D Sg Manik petang tadi. Insyaallah akan dikebumikan pukul 10.00 pagi esok 02 Januari 2013. Marilah kita doakan agar ALLAH SWT mengampuni segala dosa beliau dan dosa kita semua. Amin ...
Al Fatihah." 


Pihak sekolah telah mengadakan Majlis bacaan Yassin pada perhimpunan hari pertama ini iaitu 02 januari 2013 dan pada jam 9.00 pagi bagi pelajar yang bermotosikal boleh pergi menziarahi Arwah bersama guru-guru.

Semoga Allah merahmati beliau, dan menempatkan beliau di kalangan orang-orang yang beriman.

No comments:

Post a Comment