Sunday 29 September 2013

UJIAN KOMPETENSI ICT KEPADA PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (GURU DAN PENTADBIR SEKOLAH) KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


TARIKH DUDUKI UJIAN: 27 SEPTEMBER HINGGA 02 OKTOBER 2013
1. Guru dan pentadbir haruslah menjawab ujian ini dengan penuh nilai integriti dan profesional untuk memastikan data hasil dari ujian ini adalah tepat untuk membantu pihak KPM merancang dan melaksana program latihan untuk pembangunan profesionalisme secara berterusan.

2. Ujian boleh dicapai secara dalam talian pada 27 september 2013 bermula jam 8.00 pagi dan berakhir pada 2 oktober 2013 (rabu) jam 12.00 tengah malam dengan akses 24 jam.

3. Terdapat 30 soalan berbentuk objektif yang perlu dijawab kesemuanya dalam tempoh 40 minit menggunakan pelbagai peranti (device) telekomunikasi.
(Contohnya: computer, iPad, tablet, smartphone dll.)

4. Calon diminta memaskkan kad pengenalan untuk masuk ke ruang dashboard ujian.

5. Klik butang MULA  untuk mula menjawab soalan ujian.

6. Klik pada ruang jawapan yang dipilih dan klik butang SETERUSNYA untuk ke soalan yang berikutnya.

7. Untuk perhatian, setiap soalan perlu dijawab sebelum boleh bergerak ke soalan yang berikutnya.

8. Sekiranya kesemua 30 soalan telah dijawab atau masa menjawab telah tamat, satu paparan akan keluar menyatakan ujian tersebut telah tamat. Klik butang keluar LOG KELUAR untuk keluar dari sistem ujian kompetensi tersebut.










KLIK DI SINI UNTUK MENGAMBIL UJIAN:

http://ict-kpm.azurewebsites.net/



No comments:

Post a Comment