Wednesday 28 May 2014

KEMANGKATAN DYMM PADUKA SERI SULTAN PERAK


Sumber : Portal PPD Hilir Perak

KEMANGKATAN DYMM PADUKA SERI SULTAN PERAKPDFCetakE-mail
Ditulis oleh Penolong PPD ICT   
Rabu, 28 Mei 2014 16:17
Dengan rasa sedih dan dukacita dimaklumkan dimaklumkan bahawa DYMM Paduka Seri Sultan Perak telah mangkat pada jam 1.30 petang, 28 Mei 2014 (RABU). Pemakluman kemangkatan telah dibuat oleh YAB Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry bin Abdul Kadir, Menteri Besar Perak.

Sehubungan dengan tiu, kerajaan Negeri Perak mengumumkan bahawa Hari Khamis, 29 Mei 2014 diistiharkan hari cuti umum sempena hari pemakaman.

Serentak dengan itu semua sekolah berkabung dengan bendera Negeri Perak dikibar separuh tiang selama 100 hari dan Jalur Gemilang dikibar separuh tiang selama 7 hari bermula hari ini.

Sehubungan dengan pengumuman kemangkatan DYMM Paduka Seri Sultan Perak, semua acara rasmi yang dijadualkan pada 29 Mei 2014 dibatalkan.

Al-Fatihah

No comments:

Post a Comment